>
Image

Unit Hemodialisis

Unit Hemodialisis

Pengenalan

 Unit ini telah memulakan perkhidmatan rawatan hemodialisis pada 03hb Ogos 2005, disusuli dengan perasmian bangunan unit hemodialysis Hospital Kota marudu yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Dr. Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Malaysia pada 03hb Mei 2007.

 

Skop Perkhidmatan

 Memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang menghidapi penyakit “Chronic Kidney Disease Stage 5” seperti berikut :- 

  • Perkhidmatan rawatan hemodialisis.
  • Membantu menjalankan Pre-Renal Transplant work-up dan selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dilakukan.
  • Membantu Unit CAPD memantau pesakit yang menjalani rawatan CAPD selepas dicaj daripada Queen Elizabeth hospital Kota Kinabalu bila diperlukan.
  • Perkhidmatan rawatan hemodialisis khusus kepada kes-kes kecemasan.
  • Mengendalikan klinik lawatan Pakar Nefrologi mengikut jadual yang disediakan.

 

Objektif Perkhidmatan 

  • Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang disahkan menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
  • Membuat pre-renal transplant (work-out) : arahan pakar Nefrologi, sebagai langkah awal persediaan sebelum menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.
  • Memberi perkhidmatan rawatan ‘kecemasan hemodialisis’ kepada kes-kes kecemasan seperti ‘fluid overload’ dan ‘hiperkalamia’ mengikut arahan Nefrologist “On-Call”.
  • Memastikan rawatan hemodialisis yang diberikan kepada pesakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir adalah selamat dan mengikut amalan perawatan renal yang diiktiraf oleh golongan profesional.

 

Visi 

Untuk menjadikan unit Hemodialisis Hospital Kota Marudu yang komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan Hemodialisis yang selamat dan berkualiti di Zon Pantai Barat Utara.

 

Misi 

Visi unit Hemodialisis Hospital Kota Marudu akan dapat direalisasikan melalui: 

  • Penyediaan fasiliti yang lengkap, sesuai, selamat dan terkini.
  • Mengamalkan sifat profesionalisme, semangat berpasukan dan penyayang serta bersifat inovasi dan kreatif.

 

Piagam Pelanggan 

  • Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra dan bersopan santun.
  • Setiap pesakit akan didaftarkan dalam masa 15 minit.
  • Setiap pesakit akan menjalani rawatan hemodialisis sekurang-kurangnya 4 jam setiap kali rawatan.
  • Masa menunggu rawatan hemodialisis tidak melebihi 60 minit dari masa yang ditetapkan.

 

 

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019