>
Image

Wad Kanak-Kanak

Wad Kanak-Kanak

Pengenalan

Pesakit dalam Hospital Kota Marudu mula beroperasi pada 08 Jun 1994 dengan kapasiti katil sebanyak 66 buah katil dengan 3 buah wad. Pada masa itu wad kanak-kanak dan wad perempuan adalah di dalam satu bangunan(bergabung). Wad kanak-kanak (bangunan baru) telah mula beroperasi dengan rasminya pada 6hb Jun 2006. Pada Tahun 2007 kapasiti katil telah ditambah kepada 97 buah katil. Katil rasmi wad kanak-kanak  adalah 25 katil.

 

Skop perkhidmatan

  • Pediatrik Am
  • Neonatal (Nursery)
    • Memberi rawatan dan penjagaan 24 jam sehari kepada pesakit pediatrik dan neonate.
    • Memberi penjagaan dan perawatan kejururawatan serta pemulihan yang selamat dan berkualiti untuk semua disiplin (perubatan,surgikal dan orthopedik).
    • Menyediakan perkhidmatan pendidikan dan informasi kesihatan terkini yang bersesuaian dengan keperluan klien.
    • Mengekalkan perlaksanaan Polisi Hospital Rakan Bayi.
    • Berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan peralatan serta infrastruktur wad dari masa ke semasa berasaskan peruntukan kewangan organisasi.

 

Visi

  • Menjadikan wad kanak-kanak sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.

 

Misi

  • Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai-nilai budaya korporat.

 

Objektif

  • Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
  • Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kodusif untuk pemulihan pesakit.
  • Menyediakan rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil tanpa mengira kedudkan, bangsa, kewarganegaraan, agama dan anutan kepercayaan.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga agar kefahaman mereka tentang sesuatu penyakit dapat dipertingkatkan.

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional
  • Setiap pesakit dan keluarga akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peratuarn kemasukan wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil yang disediakan sebaik sahaja tiba diwad.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan setiap hari.
  • Kehormatan dan kerahsiaan pesakit akan sentiasa dilindungi.
  • Pesakit akan diberitahu 4jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad dan akan dibekalakan dengan perkara:
    • Maklumat temujanji dan ubat-ubatan
    • Surat discaj/ surat rujukan pegawai perubatan
    • Nasihat dan pendidikan kesihatan
Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019