>
Image

Wad Perempuan

Wad Perempuan

Pengenalan

Wad Perempuan mula beroperasi pada Tahun 1994, mempunyai 25 katil rasmi dengan menyediakan perkhidmatan perawatan berbagai disiplin iaitu dengan pembahagian:

 

DISIPLIN

JUMLAH KATIL DIPERUNTUKKAN

Medical

13 BUAH

Surgical

7 BUAH

Gynae

4BUAH

Orthopedik

1BUAH

 

Skop Perkhidmatan

  • Memberikan rawatan dan penjagaan kepada pesakit dalam 24 jam sehari.
  • Memberi penjagaan perawatan untuk semua disiplin serta pemulihan yang selamat dan berkualiti.
  • Memberi rawatan dan diagnostik perawatan kejururawatan terhadap pesakit dan pemulihan kepada pesakit.
  • Memberikan perawatan dan penjagaan paliatif mengikut keadaan pesakit.
  • Memberi rawatan penyakit berjangkit berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh kementerian kesihaatan Malaysia.
  • Memberi perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan pendidikan kesihatan dan informasi terkini yang bersesuaian dengan keperluan kepada pesakit dan keluarga.
  • Merujuk pesakit ke pusat rujukan yang tertentu untuk rawatan lanjut.
  • Menyediakan pesakit untuk pembedahan, x’ray dan penyelidikan.
  • Menentukan data-data mengenai pesakit, penilaian perawatan yang dijalankan disimpan dengan sempurna dan tidak disalah guna.
  • Membuat pemeriksaan jentik-jentik setiap pagi ahad.
  • Menyediakan kemudahan asrama / balai pelawat bagi ahli keluarga / saudara yang datang dari jauh.

 

Objektif

  • Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
  • Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kondusif untuk pemulihan pesakit.
  • Memberi rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan pulang.
  • Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu mengikut kemampuan mereka.
  • Memberi pendidikan kesihatan serta kesedaran dan kefahaman kepada pesakit dan keluarga betapa pentingnya pencegahan berkaitan dengan sesuatu penyakit.

 

Visi

  • Menjadikan wad Perempuan sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.

 

Misi

  • Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai- nilai budaya korporat.

 

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019