>
Image

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

Pengenalan

Sebagai sebuah hospital yang dilengkapi dengan kemudahan IT, keperluan unit IT amatlah diperlukan di Hospital Kota Marudu. Namun semasa ia ditubuhkan, ia hanya dikendalikan oleh wakil-wakil IT yang telah dilantik Pengarah Hospital dikalangan kakitangan dari unit lain yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT. Ini adalah disebabkan tiada perjawatan untuk unit IT.

Pada masa kini, pihak Hospital Kota Marudu berjaya mendapat 1 perjawatan untuk unit IT iatu Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) F44.


Skop Perkhidmatan

  • Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Kota Marudu untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat (IT)
  • Penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisian IT di Hospital Kota Marudu
  • Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan IT, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Kota Marudu dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
  • Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset IT yang teratur.
  • Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek IT di Hospital Kota Marudu melakukannya dengan baik.
  • Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Kota Marudu dalam bidang IT.
  • Menyelaras Laman Web Rasmi Hospital Kota Marudu
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa


Objektif

  • Bertanggungjawab menyelia dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan semua kemudahan IT termasuk komputer, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kota Marudu.
  • Memantau, melaksana dan memastikan perlaksaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kota Marudu dapat digunakan tanpa sebarang masalah
  • Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik


Visi Unit

  • Untuk memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang terbaik kepada semua pengguna perkhidmatan ICT Hospital Kota Marudu.


Misi Unit

  • Untuk menjadikan warga hospital yang mahir menggunakan ICT seiring dengan perkembangan teknologi perubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan berkesan dan cemerlang.

 

Piagam Pelanggan

  • Memastikan pencapaian 90% dalam menyelesaikan aduan IT pengguna dalam tempoh tiga hari bekerja jika tidak melibatkan sebarang penggantian item

Anda adalah pengunjung yang ke

1.png4.png9.png2.png7.png
Today68
This month868
Total14927

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019