>
Image

Unit Kualiti

Unit Kualiti

Pengenalan Unit

Unit Kualiti Hospital Kota Marudu telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan terletak di Wad Kanak-Kanak. Ia berfungsi sebagai sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital yang dijalankan di hospital ini. Unit tersebut dianggotai oleh 1 orang Pegawai Perubatan, 1 orang Ketua Jururawat U32 dan 1 orang Jururawat U29 yang dilantik oleh Pengarah Hospital untuk memantau pelaksanaan setiap aktiviti kualiti yang dijalankan di hospital berkenaan bagi proses penghantaran setiap laporan yang disarankan oleh jabatan dan kementerian.

Pengwujudan unit ini adalah bertujuan untuk melicinkan lagi penyelenggaraan serta perlaksanaan aktiviti-aktiviti kualiti yang berdasarkan arahan kerajaaan dan kementerian untuk peningkatan serta keberkesanan didalam perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan hospital.

Hospital Kota Marudu menjalankan  29 aktiviti peningkatan kualiti yang diketuai    oleh   seorang  Penyelaras yang dilantik oleh Pengarah Hospital dan setiap aktiviti  mempunyai ahli  jawatankuasa masing-masing untuk membantu Penyelaras melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan berkesan.

 

Objektif

  • Membantu dan menyokong semua bahagian / unit dan Penyelaras setiap aktiviti kualiti untuk melaksanakan aktiviti- aktiviti kualiti yang dipantau berdasarkan penetapan dan piawaian yang telah diselaraskan oleh Hospital,Jabatan dan Kementerian untuk mengukuhkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Visi

  • Menjadi pemangkin kepada gerakan pembudayaan kualiti Hospital Kota Marudu.

Misi

  • Memberi kesedaran kepada semua warga kerja Hospital Kota Marudu bahawa sistem kerja yang berkualiti adalah kunci kepada kejayaan organisasi dengan memastikan pembudayaan kualiti yang berterusan.
Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019