>
Image

Unit Farmasi

Unit Farmasi

Pengenalan

Unit Farmasi Hospital Kota Marudu terdiri daripada beberapa sub-unit yang mempunyai skop perkhidmatan yang berlainan, iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Wad dan Farmasi Logistik. Anggota kakitangan di Farmasi terdiri daripada 9 orang Pegawai Farmasi, 1 orang Ahli Farmasi Provisional, 8 orang Penolong Pegawai Farmasi, 2 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Pra.

Setiap sub-unit mempunyai  fungsi yang berlainan untuk memastikan proses-proses kerja dapat dijalankan dengan lancar.

 

Skop Perkhidmatan

Farmasi Pesakit Luar

  1. Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar
  2. Pembekalan ubat-ubatan Bahan Psikotropik dan Racun Berjadual
  3. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
  4. Memberi kaunseling mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu

 

Farmasi Pesakit Dalam

  1. Pembekalan ubat-ubatan ke Wad dan Unit-unit Pemesan
  2. Pembekalan ubat-ubatan secara “Unit of Use” atau “Unit of Dose” ke Wad
  3. Pembekalan ubat-ubatan Bahan Psikotropik dan Racun Berjadual
  4. Memberi kaunseling mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu
  5. Membancuh ubat secara “extemporaneous” untuk pesakit

 

Farmasi Wad

  1. Mendapatkan “Medication History” pesakit yang dimasukkan ke wad
  2. Memantau terapi ubat pesakit (Pharmacotherapy Review) untuk mengenalpasti masalah berkaitan dengan ubat (Drug Related Problem)
  3. Menjalanan intervensi bagi sebarang masalah berkaitan dengan “Drug Therapy” pesakit dan membuat dokumentasi yang diperlukan
  4. Memberikan kaunseling (Bedside/Discharge) mengenai penggunaan ubat-ubatan kepada pesakit apabila perlu
  5. Mengendalikan pertanyaan maklumat ubat dan racun

 

Farmasi Logistik

  1. Perolehan dan Pemesanan Stok Ubat dan Bukan Ubat
  2. Pengeluaran stok ubat dan bukan ubat ke wad dan unit-unit pemesan
  3. Pemanggilan balik produk
  4. Terlibat dalam pemprosesan aduan produk

 

Objektif

Memberi perkhidmatan farmasi dan bekalan yang bermutu, selamat dan berkesan kepada semua unit pengguna dan pelanggan di Hospital Kota Marudu.

 

Visi Unit

Unit Farmasi Hospital Kota Marudu akan menjadi unit perkhidmatan farmasi yang sistematik dan progresif serasi dengan teknologi yang sesuai dengan mengutamakan kualiti dan keselamatan pengguna.

 

Misi Unit

Mewujudkan anggota yang dinamik, berwibawa tinggi, cekap dan produktif, sesuai dengan kemudahan perkhidmatan serta kemahiran tenaga yang sedia ada.

 

Piagam Pelanggan

 

Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

 

Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.

 

Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  1. Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 10 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
  2. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 10 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik

 

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019