>
Image

Unit Kesihatan Awam

Unit Kesihatan Awam

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam Hospital Kota Marudu ditubuhkan pada 08.09.2014. Unit ini hanya menempatkan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Unit ini ditempatkan di Jabatan Pesakit Luar dan berkongsi pejabat dengan Unit Kejuruteraan dan Unit Teknologi Maklumat.

 

Skop Perkhidmatan

  • Memantau dan melaksana aktiviti laporan penyakit berjangkit melalui sistem e-notifikasi.
  • Menjalankan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kawasan Hospital Kota Marudu.
  • Memantau aktiviti kawalan dan pencegahan LILATIN yang dilakukan oleh pihak SEDAFIAT.
  • Memantau aktiviti persampelan air minum dalam kawasan Hospital Kota Marudu yang dilakukan oleh pihak SEDAFIAT.
  • Memantau dan melaksana aktiviti pemeriksaan pembiakan jentik-jentik melalui Jawatankuasa Bebas Denggi.
  • Menjalankan siasatan bagi kes penyakit berjangkit yang berlaku dalam kawasan Hospital Kota Marudu.
  • Menjalankan aktiviti promosi kesihatan melalui ceramah, pameran, kursus dan taklimat
  • Menjalankan siasatan aduan berkaitan kesihatan awam.
  • Menjalankan aktiviti bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Marudu bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 

Objektif

  • Memastikan agar semua kakitangan Hospital Kota Marudu dan orang-orang yang berkaitan dalam aktiviti-aktiviti atau berurusan dengan Hospital Kota Marudu sentiasa berada di dalam keadaan persekitaran yang selamat dan sihat.

 

Visi

  • Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaraan yang bersih, selamat dan sihat.

 

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional untuk warga kerja dan pesakit.
  • Memastikan tempat kerja dan persekitaran Hospital Kota Marudu bersih, selamat dan sihat.
Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019