>
Image

Unit Radiologi

Unit Radiologi

Pengenalan

Unit  Radiologi  merupakan satu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik  kepada  pesakit dalam, pesakit ulangan dan pesakit dari Unit Kecemasan Hospital Kota Marudu. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit- pesakit yang dirujuk  dari Klinik Pesakit Luar dan hospital lain.

 

Skop Perkhidmatan

Jenis-Jenis Pemeriksaan

  • Pemeriksaan Am : 
  1. X-ray Dada, Extrimiti Atas dan Bawah, Rangka Kepala, Abdomen, spina vertebra dan sebagainya.
  2. Intarvenouseurografi (I.V.U) 
  • Pemeriksaan Portable X-Ray

       Biasanya dilakukan untuk kes-kes pesakit yang tenat, kritikal atau sukar bergerak sama sekali. 

  • Pemeriksaan Forensik

       Dilakukan hanya sebagai bantuan jika beberapa perkara tidak dapat dikenalpasti dan tidak dapat memberi ketentuan yang muktamad selepas ‘post-mortem’ dilakukan.

 

Objektif

  • Memberi perkhidmatan pemeriksaan radiologi kepada masyarakat dengan menghasilkan suatu imej radiograf berkualiti diagnostic melalui kemudahan-kemudahan peralatan dan kemahiran tenaga yang sedia ada sambil mempraktiskan prinsip perlindungan sinaran.

Visi

  • Perkhidmatan Radiologi akan menjadi sebuah perkhidmatan sokongan perubatan yang cemerlang melalui tenaga kerja yang bertanggungjawab, beriltizam dan berkemahiran tinggi dengan mengutamakan kepuasan pelanggan dan peningkatan kualiti berterusan.

Misi

  • Perkhidmatan radiologi sentiasa berusaha membantu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat dengan cara melaksanakan hasrat dan inspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia yang berteraskan nilai-nilai budaya korporat iaitu perkhidmatan penyayang, kerja berpasukan dan profesionalime.

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, ikhlas dan professional.
  • Masa untuk menjalani pemeriksaan X-ray biasa dan mendapatkan filem/imej/CD adalah dalam masa 45 minit.
  • Setiap pesakit yang diberikan tarikh temujanji akan diberikan penerangan tentang persediaan sebelum pemeriksaan X-ray.
  • Laporan pemeriksaan radiologi dapat diperoleh dalam tempoh 2 minggu.

 

 

 

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019