>
Image

Unit Sajian

Unit Sajian

Pengenalan

Unit Sajian Hospital Kota Marudu mula beroperasi pada tahun 1994 dengan kekuatan seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) , Seorang Penyelia Asrama dan seramai 8 orang Pembantu Penyediaan Makanan (PePM)  .

Unit sajian Hospital Kota Marudu  mempunya peranan penting dalam proses memberi rawatan dari segi pemakanan kepada pesakit dalam sesebuah Hospital . Namun yang demikian Unit sajian Hospital Kota Marudu Cuma menyediakan perkhidmatan sajian sahaja. Nasihat Pegawai Pemakanan hanya dilaksanakan dua kali dalam setahun melalui lawatan Pegawai pemakanan mengikut penjadualan. Penyediaan makanan pesakit adalah dijamin mengikut akta – akta makanan dan juga pensijilan kualiti dapur.

Unit sajian Hospital Kota Marudu telah mendapatkan pensijilan “ Good Manufacturing Practice” (GMP) dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) pada tahun 2016 sebagai aras pemantawan kualiti penghasilan prodak  yang dikeluarkan.

 

Skop Perkhidmatan

  • Unit Sajian Hospital Kota Marudu menyediakan perkhidmatan penyediaan hidangan makanan sihat, selamat dan berkualiti kepada pesakit dalaman Hospital Kota Marudu sebagai satu terapi dari segi pemakanan yang sesuai untuk pesakit. Disamping itu juga, Hospital Kota Marudu turut menyediakan perkhidmatan kaunseling pemakanan secara berjadual kepada pesakit dalaman dan luaran.

 

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan makanan serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional dan berkualiti dengan mengutamakan keperluan pelanggan.
  • Menyediakan diet yang selamat, seimbang, berkualiti dan tepat untuk pesakit dalam wad hospital. Terdiri daripada Diet Normal dan Diet Teraputik berdasarkan kepada Manual Diet Hospital 1980 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis Panduan Katering Hospital 1996, Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

Visi

  • Memberi perkhidmatan makanan dengan mengutamakan prinsip keselamatan dan kebersihan makanan serta memenuhi keperluan diet pelanggan dan berusaha meningkatkan kualiti ke arah optimum.

 

Misi

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti. Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekililing dan arahan berkaitan yang ditetapkan.

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Makanan siap disediakan 10 MINIT sebelum diedarkan.
  • Semua makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bermutu, bersih, segar, mencukupi dan halal.
  • Semua makanan akan diedarkan pada :-

         Sarapan Pagi               : 7.30 PAGI

         Makan Tengah hari      : 11.30 PAGI

         Minum Petang             : 2.30 PETANG

         Makan Malam              : 4.30 PETANG

 

 

Hak Milik Terpelihara © 2019 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 6 November 2019