Pengenalan
Pesakit dalam Hospital Kota Marudu mula beroperasi pada 08 Jun 1994 dengan kapasiti katil sebanyak 66 buah katil dengan 3 buah wad. Pada masa itu wad kanak-kanak dan wad perempuan adalah di dalam satu bangunan(bergabung). Wad kanak-kanak (bangunan baru) telah mula beroperasi dengan rasminya pada 6hb Jun 2006. Pada Tahun 2007 kapasiti katil telah ditambah kepada 97 buah katil. Katil rasmi wad kanak-kanak adalah 25 katil.
Skop perkhidmatan
- Pediatrik Am
- Neonatal (Nursery)
- Memberi rawatan dan penjagaan 24 jam sehari kepada pesakit pediatrik dan neonate.
- Memberi penjagaan dan perawatan kejururawatan serta pemulihan yang selamat dan berkualiti untuk semua disiplin (perubatan,surgikal dan orthopedik).
- Menyediakan perkhidmatan pendidikan dan informasi kesihatan terkini yang bersesuaian dengan keperluan klien.
- Mengekalkan perlaksanaan Polisi Hospital Rakan Bayi.
- Berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan peralatan serta infrastruktur wad dari masa ke semasa berasaskan peruntukan kewangan organisasi.
Visi
- Menjadikan wad kanak-kanak sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.
Misi
- Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai-nilai budaya korporat.
Objektif
- Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima.
- Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kodusif untuk pemulihan pesakit.
- Menyediakan rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil tanpa mengira kedudkan, bangsa, kewarganegaraan, agama dan anutan kepercayaan.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga agar kefahaman mereka tentang sesuatu penyakit dapat dipertingkatkan.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional
- Setiap pesakit dan keluarga akan diberikan maklumat sewajarnya mengenai peratuarn kemasukan wad.
- Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil yang disediakan sebaik sahaja tiba diwad.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan setiap hari.
- Kehormatan dan kerahsiaan pesakit akan sentiasa dilindungi.
- Pesakit akan diberitahu 4jam lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad dan akan dibekalakan dengan perkara:
- Maklumat temujanji dan ubat-ubatan
- Surat discaj/ surat rujukan pegawai perubatan
- Nasihat dan pendidikan kesihatan