Pengenalan
Wad Lelaki Hospital Kota marudu mula beroperasi pada Tahun 1994, mempunyai 25 katil rasmi dan memberi Perkhidmatan Perawatan Multidisiplin.
Katil rasmi Wad Lelaki mengikut dispilin:-
- Medical = 15 katil
- Surgical = 8 katil
- Orthopedik = 2 katil
Skop Perkhidmatan
- Memberikan rawatan dan penjagaan kepada pesakit dalam 24 jam sehari.
- Memberi penjagaan perawatan untuk semua disiplin serta pemulihan yang selamat dan berkualiti.
- Memberi rawatan dan diagnostik perawatan kejururawatan terhadap pesakit dan pemulihan kepada pesakit.
- Memberikan perawatan dan penjagaan paliatif mengikut keadaan pesakit.
- Memberi rawatan penyakit berjangkit berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh kementerian kesihaatan Malaysia.
- Memberi perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan pendidikan kesihatan dan informasi terkini yang bersesuaian dengan keperluan kepada pesakit dan keluarga.
- Merujuk pesakit ke pusat rujukan yang tertentu untuk rawatan lanjut.
- Menyediakan pesakit untuk pembedahan, x’ray dan penyelidikan.
- Menentukan data-data mengenai pesakit, penilaian perawatan yang dijalankan disimpan dengan sempurna dan tidak disalah guna.
- Membuat pemeriksaan jentik-jentik setiap pagi ahad.
- Menyediakan kemudahan asrama / balai pelawat bagi ahli keluarga / saudara yang datang dari jauh.
Visi
- Menjadikan wad Lelaki sebagai tempat penjagaan perawatan pesakit dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, selamat dan berkualiti.
Misi
- Memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit dengan cekap, selamat serta efisyen berpandukan nilai- nilai budaya korparat.
Objektif
- Menyediakan rawatan dan mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optima;
- Menyediakan tempat rawatan yang selamat, bersih dan kondusif untuk pemulihan pesakit.
- Memberi rawatan yang berkualiti tinggi dengan adil dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan pulang.
- Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu mengikut kemampuan mereka.
- Memberi pendidikan kesihatan serta kesedaran dan kefahaman kepada pesakit dan keluarga betapa pentingnya pencegahan berkaitan dengan sesuatu penyakit.