Unit Pemulihan Carakerja

Print

Pengenalan 

Unit pemulihan carakerja telah bermula pada 13 oktober 2008, dan berkongsi dengan unit rekod perubatan.

Bermula dari januari 2013, unit pemulihan carakerja telah berpindah masuk ke bilik rawatan unit pesakit luar,  bergabung dengan unit jurupulih anggota membentuk unit rehabilitasi. Bilik rawatan adalah berkeluasan 20 x 10 kaki persegi menempatkan 2 orang jurupulih anggota dan seorang jurupulih carakerja serta seorang pegawai ICT.

Pada disember 2014 unit rehabilitasi telah berpindah ke sebuah kabin yang berkeluasan 40x10 kaki persegi yang terletak berhadapan dengan unit makmal. Dalam kabin tersebut dibahagi kepada dua ruangan yang menempatkan Unit Pemulihan Anggota dan Unit Pemulihan Carakerja secara berasingan.

 

Skop Perkhidmatan

 

 

 

 

Visi

Menjadikan Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Kota Marudu sebagai pusat pemulihan contoh dari segi perawatan yang berkualiti dan terunggul di Bahagian Utara Sabah.

 

Misi

Memulihkan pesakit ke tahap paling optimum melalui kaedah rawatan yang sistematik, berkualiti dan cekap. Dibantu oleh fasiliti yang mampu memenuhi kepuasan pelanggan di samping terapis yang beretika dan professional.

 

Objektif

Memberi peluang kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja atau aktiviti rawatan pemulihan yang berfaedah dari peringkat awal lagi, bagi menolong menilai sejauhmana masalah dan penyakit yang dihadapi supaya kumpulan perawatan professional kesihatan dapat menentukan cara rawatan yang patut disediakan agar pelanggan dapat mencapai tahap keberdikarian optimum dalam kehidupan hariannya. Di samping menolong pelanggan melakukan aktiviti terapeutik bagi memenuhi masa lapang dengan cara yang berfaedah.

 

Piagam Pelanggan