>
Image

Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan

Pengenalan 

Unit Rekod Perubatan mula beroperasi  di Hospital Kota Marudu  pada tahun 1994. Unit ini  dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.

 

Skop Perkhidmatan 

Unit Rekod Perubatan diketuai Penolong Pegawai Tadbir Rekod Perubatan yang bertanggungjawab ke atas perkhidmatan berikut:

  • Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
  • Pengurusan Laporan Perubatan
  • Pengurusan Maklumat dan Statistik kesihatan
  • Pengurusan Lembaga Perubatan
  • Pengurusan kes Medico-legal
  • Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) dan prosedur ditetapkan
  • Pemantauan aktiviti-aktiviti kualiti berkaitan Unit Rekod Perubatan

 

Objektif

  • Menguruskan perkhidmatan rekod perubatan dengan cekap dan teratur   bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Menyediakan maklumat perubatan pesakit yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.
  • Mengurus maklumat dan statistik perubatan dengan tepat dan boleh     

 

Visi

Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi yang lengkap dan berkualiti melalui perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan.

 

Misi

Membentuk satu sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat yang lebih sistematik,efisien dan berkualiti serta mengamalkan elemen penyayang,kerja berpasukan dan profesionalisma dalam budaya kerja.

 

Piagam Pelanggan  

  • Menyediakan rekod perubatan pesakit dalam tempoh 10 hingga 30 minit dari permohonan diterima.
  • Menyediakan Laporan Perubatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Hak Milik Terpelihara © 2020 Hospital Kota Marudu.

Tarikh kemaskini: 30 November 2020

Penafian            Dasar Privasi            Dasar Keselamatan